-
Merdeka 2010 – Menjana transformasi
September 01, 2010 No comments31 Ogos 2010, Malaysia, bumi bertuah ku menyambut kemerdekaan ke 53 nya. Aku berdiri di kalangan hadirin dari sudut pandangan pentas utama. Dengan penuh kebanggaan sebagai rakyat Malaysia. Air mata ini pantas tumpah tanpa sempat menyekanya. Jauh dalam hati memanjatkan rasa syukur kerana masih diberi kesempatan menikmati kebebasan di tanah air ini.
Telah aku saksikan sambutan kemerdekaan di negara yang merdeka hanya pada nama. Tiada keharmonian pada sambutannya. Sambutan penuh kepuraan. Syukur kerana aku tidak menyaksikannya disini.
Air mata ini pantas tumpah lagi, aku mendengar alunan lagu ini yang sungguh menyentuh hati. Merasa kerdilnya diri ini setelah berdirinya Malaysia selama 53 tahunatas hasil jerih perih dan susah payah mereka yang terdahulu dari kita. Darah dan derai air mata yang telah banyak tumpah bagi mengisi kemerdekaan dimana yang sedang aku berdiri dengan aman di sudut pentas utama ini.
Syukur. Al-Fatihah kepada yang telah pergi kerana berjuang untuk kemerdekaan dan mempertahankannya. Semoga Allah terus memberkati Malaysia bumi bertuahku ini.
-
Jiwa yang merdeka
August 31, 2010 No comments53 tahun telah berlalu. Bumi bertuah ini menjadi tanah yang bebas, berdaulat dan berdiri di atas kaki sendiri. Mengurus tadbir dan membangunkan bumi bertuah ini. Merdeka ini bukan mudah, merdeka ini terbina dengan derai air mata, tubuh-tubuh yang bergelimpangan mempertahankan keamanan,
Kacau bilau. Aku telah saksikan bagaimana negara yang kemerdekaannya yang tergadai. Keamanan seumpama hujung tanduk. Yang kaya hidup bongkak, yang miskin melarat papa kedana. Lihatlah bagaimana hasilnya jika ini yang kamu mahu. Kamu pasti menghargai kemerdekaan yang telah dikecapi dengan cerita dari gambar-gambar ini.
Kemerdekaan bukan bererti kebebasan semata-mata untuk melakukan apa sahaja. Bercakap apa sahaja. Segala-galanya hendak dilakukan tanpa ada batas-batas. Merdeka yang diimpikan itu sebenarnya merdeka yang menuju kehancuran. Kembali melihat kebelakang, bagaimana kemerdekaan bumi bertuah ini diperolehi. Hasil muafakat dan persefahaman serta persetujuan kontrak sosial.
Lihat, saksikan dan fahami
Merdekakah jiwa bangsa Malaysia ini?
Ingat dalam jiwa perlu ada SABAR, SYUKUR dan senyum untuk terus MERDEKA.
Sesungguhnya Hidup Ini Menanti Impian
.
.
Salam Kemerdekaan ke 53
Moga Malaysia terus aman sebagai bumi bertuah.
.
.
.
-
Kamu! amat asing diri tanpa dia
August 25, 2010 1 commentsDijadikan wanita itu sungguh istimewa. Hadirnya dalam hidup kamu juga sungguh istimewa. Tanpa mereka, kamu bukanlah sesiapa pada hari ini. Bersama dengan wanita, jiwa kamu bisa jadi tenang dan damai. Dan adakalanya bersama wanita itu juga bisa jadi ribut yang maha dahsyat.
Tanpa wanita, kamu tidak mengenal erti cinta. Erti kasih sayang di atas dunia. Wanita menjadikan kamu merasai nikmat rahmat dan ihsan.
Kebahagiaan perempuan tidak terletak pada kemuliaan sang suami, bukan pada kehormatan dan kelembutanya. Tapi pada cinta yang memadukan jiwanya dan jiwa lelaki yang dicintainya. Kasih sayangnya tercurah – hati menjadikan masing-masing sebagai suatu anggota badan kehidupan dan dalam satu kalimat di atas bibir Tuhan.
Khalil Gibran
Peliharalah wanita itu dengan sebaik-baiknya, sebab sesungguhnya wanita dijadikan dari tulang rusuk dan sesungguhnya yang paling bengkok adalah tulang rusuk yang paling atas sekali. Maka jika kamu cuba meluruskannya nescaya ia akan patah. Dan jika kamu biarkan saja maka, ia akan tetap bengkok. Sebab itu, Peliharalah wanita dengan baik.
Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ahmad dari riwayat Ibnu Umar)
Amat asing diri tanpa perempuan
dengannya kita mengenali
erti kasih sayang
melaluinya nescaya kita mengerti
erti cinta yang lebih tinggi…
seterusnya disini
.
.
.
-
Life : Reinvent
August 23, 2010 No commentsRamadhan, banyak yang kamu dapat dari padanya. Iktibar dan pengajaran. Mengenal diri dan masa untuk menginsafi nasib insan-insan yang kurang bernasib baik.
Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.
Surah Al A’Raf : 31
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.
Surah Al-Furqan : 67
Sesungguhnya dalam hidup kita perlu berubah, kedayaan untuk berubah dan memandang perubahan dengan penih nilai-nilai positif. Setiap sesuatu yang datang itu adalah hidayah yang kita impikan dalam doa yang kita sebut-sebut seharian. Dengarlah kata hati mu apabila datang sesuatu yang menyerumu kearah kebaikan.
Meminjam kata-kata dari Iklan Petronas Sempena Hari Kemerdekaan 2010
Kekuatan sebenar kita terletak pada hati
.
.
.
-
Liberasasi diri
August 17, 2010 1 commentsHidup selalu mahu bebas dalam segalanya
tiada kongkongan, tiada batasan
iapi kamu tahu semua itu tidak kemana
dan tidak memberi makna apa-apa pada kamu
‘
‘
Bersyukur kamu dilahirkan ditanah air bertuah ini
mengimbau tahun-tahun kebelakang,
kamu keseorangan disana
.
.
Ramadhan ini rasa yang terbaik
walaupun tanpa juadah istimewa
jiwa rasa begitu tenang
bersama-sama keluarga tercinta
.
.
Walaupun aku berada di kemuncak dunia pun
Rasanya takkan sama dengan rasa yang ku rasa ini
Ramadhan dibumi bertuah, bersama-sama keluarga tercinta
hmmmm….
.
.
,
Posted by SHIMI in Uncategorized

